Kesemua Movie Melayu yang terdapat di blog ini adalah diambil dari laman web YouTube.com dan beberapa channel lain. Sekiranya anda ingin menonton Movie Melayu yang dihimpunkan di sini dengan kualiti dan penyampaian yang lebih baik, sila dapatkan CD/DVD original di kedai berhampiran anda.
Showing posts with label Filem Melayu 2013. Show all posts
Showing posts with label Filem Melayu 2013. Show all posts
Movie Melayu Online: Paku (2013)
Movie Melayu Online: Paku (2013)
Sinopsis Filem Paku (2013):
Kerana cinta, Fahmi (Johan As’ari) sanggup melanggar hukum agama dan mengambil keputusan untuk menghidupkan semula isterinya, Riana (Aisyah) yang telah mati.
Melalui ilmu hitam, Riana kembali ke dunia. Namun, adakah dia akan kembali menjadi manusia? Adakah kebahagiaan akan muncul hanya kerana cinta abadi seorang suami terhadap isterinya? Kami sendiri sudah tidak sabar menunggu filem ini ditayangkan di pawagam.
Untuk pengetahuan, filem ini merupakan adaptasi dari kisah benar yang pernah berlaku sebelum ini. Turut sama berlakon dalam filem ini termasuklah, Kamal Adli, Azad Jasmin dan beberapa orang lagi pelakon terkenal.
Movie Melayu Online: Malam Penuh Bermisteri (2013)
Movie Melayu Online: Malam Penuh Bermisteri (2013)
Sinopsis Malam Penuh Bermisteri (2013):
Malam Penuh Bermisteri mengisahkan seorang gadis universiti yang kaya dan cantik iaitu Lisa, hilang menyebabkan ayahnya, Datuk Rahim yang juga seorang kenamaan risau.
Inspektor Razlan, seorang pegawai atasan yang rajin, bijak dan pantas di Jabatan Siasatan Jenayah untuk menyiasat kes itu. Pada masa sama, Lisa hairan apabila kepulangannya diendahkan ahli keluarganya.
Lisa juga mengalami beberapa peristiwa pelik yang membuatkan dia terfikir dan takut apa sebenarnya yang berlaku.
Datuk Rahim tidak mahu menerima hakikat kematian anaknya sehingga Inspektor Razlan berjaya mendapatkan pengakuan dan bukti daripada Sofi, rakan universiti Lisa.Apa sebenarnya berlaku?
Sinopsis Malam Penuh Bermisteri (2013):
Malam Penuh Bermisteri mengisahkan seorang gadis universiti yang kaya dan cantik iaitu Lisa, hilang menyebabkan ayahnya, Datuk Rahim yang juga seorang kenamaan risau.
Inspektor Razlan, seorang pegawai atasan yang rajin, bijak dan pantas di Jabatan Siasatan Jenayah untuk menyiasat kes itu. Pada masa sama, Lisa hairan apabila kepulangannya diendahkan ahli keluarganya.
Lisa juga mengalami beberapa peristiwa pelik yang membuatkan dia terfikir dan takut apa sebenarnya yang berlaku.
Datuk Rahim tidak mahu menerima hakikat kematian anaknya sehingga Inspektor Razlan berjaya mendapatkan pengakuan dan bukti daripada Sofi, rakan universiti Lisa.Apa sebenarnya berlaku?
Movie Melayu Online: Filem KL Zombie (2013)
Movie Melayu Online: Filem KL Zombie (2013)
Sinopsis Filem KL Zombie (2013)
KL Zombie mengisahkan lima sekawan yang masing-masing mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Aliff mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.
Namun mereka belum sedar bahawa dunia yang mereka jalani hari-hari bakal berubah.
Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. segala-segalanya musnah apabila sejenis wabak dahsyat yang menukar manusia menjadi mayat hidup (zombie) merebak ke Kuala Lumpur.
Selaku hero hanya Nipis (Zizan) sahaja yang mampu menyelamatkan KL. Nipis terpaksa bertarung nyawa demi menyelamatkan diri dan rakan-rakannya yang lain daripada dijangkiti wabak yang berbahaya itu.
Movie Melayu Online: Longkai (2013)
Movie Melayu Online: Longkai (2013)
Sinopsis Filem Longkai (2013)
Mengisahkan tentang geng-geng longkai (tonto) yang sering berebut untuk mendapatkan bisnes.
Eddie dan Bada merupakan pasangan adik beradik longkai. Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik mereka ke bengkel Rimau, seorang wanita berjiwa besi. Dalam diam-diam Rimau menaruh hati pada Bada.
Mojo dan Bayam merupakan musuh tradisi Eddie dan Bada. Mojo lebih rela mati dari bekerjasama dengan mereka. Namun adik perempuannya, Soraya sengaja menempah bahaya kerana dia dan Eddie bercinta senyap-senyap.
Zarina, seorang wanita misteri sering mengunjungi bengkel Rimau.Kehadiran Zarina banyak mengubah hubungan Eddie dan Bada membuatkan Rimau mengesyaki apakah sebab sebenarnya Zarina muncul. Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu Rimau. Mojo pula semakin geram kerana segala projek jahatnya akan dipatahkan oleh geng Eddie.
Mojo mahu balas dendam dan meminta bantuan Naga, taiko terkenal. Towtruck Eddie dilanyak habis-habisan.Adakah Eddie terselamat? Siapakah Zarina sebenarnya?
Movie Melayu Online: Tokan (2013)
Movie Melayu Online: Tokan (2013)
Sinopsis Filem Tokan (2013)
Berita kematian Tuan Gan memeranjatkan semua tokan di Malaysia, termasuklah Tuan Kamil.
Tuan Kamil, bapa kepada dua orang puteri iaitu Suri dan Wana, juga merupakan seorang Tokan terbesar di Melaka. Terdapat 7 orang lagi Tokan lain di bawah kuasanya termasuklah Mat Lobe.
Mat Lobe merupakan antara Tokan yang masih muda dan paling muda di antara Tokan lain di Melaka. Mat Lobe adalah seorang yang kelakar dan suka bergurau.
Suri,Wana,Yusof dan Solihin juga sering disakat dan dikacau oleh Mat Lobe. Solihin adalah salah seorang daripada Tokan di Melaka. Solihin merupakan seorang yang kreatif dalam proses pembuatan dadah. Dia banyak menghabiskan masanya di dalam makmal, memproses dan mengkaji dadah-dadah yang dihasilkan olehnya.
Yusof berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan bekerja dikilang milik Tuan Kamil. Setelah bekerja untuk beberapa ketika di kilang tersebut, Tuan Kamil telah menganggap Yusof seperti anaknya sendiri.Yusof telah diambil sebagai pegawai keselamatan serta pengawal peribadi Tuan Kamil. Selama khidmat Yusof bersama Tuan Kamil, Yusof tidak pernah tercedera atau dicederakan sehingga pertemuannya dengan Rano.
Rano, seorang tentera dan menarik diri dari khidmat ketenteraan kerana telah diupah oleh seseorang untuk membunuh semua Tokan di Malaysia. Selain menjalankan misi yang diupah, Rano turut menyimpan dendam terhadap Tokan di Malaysia kerana adiknya telah ditangkap menjadi keldai dadah di Brazil.
Movie Melayu Online: Laki-laki (2013)
Movie Melayu Online: Laki-laki (2013)
Sinopsis Filem Laki-laki (2013)
Laki-laki ini mengisahkan 5 orang lelaki dengan 1 program dan 1 pulau terpencil. Itu sahaja yang diperlukan untuk 5 lelaki ini menjadi kawan baik selamanya.
Laki-laki ini ialah Razak, Abu, Azman, Samad dan Jerry. Mereka mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza, namun apa yang mengaitkan mereka semua adalah satu masalah yang sama yang membawa mereka semua ke satu program istimewa.
Filem Laki-laki dilakonkan oleh Angah Raja Lawak, Zul Handyblack, Adey Syafrien, Mie Raja Lawak dan ramai lagi.
Movie Melayu Online: Oh Mak Kau (2013)
Movie Melayu Online: Oh Mak Kau (2013)
Sinopsis Oh Mak Kau (2013):
Sam (Jep Sepathu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja bersama ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Tabiat Sam dan Mun yang suka mencuri mendatangkan masalah dalam hidup mereka. Setiap kali mencuri, adik beradik ini akan menyamar bermacam-macam gaya dan lucunya mereka pasti mengemas tempat tersebut selepas mencuri. Kenakalan dan sikap negatif Sam dan Mun membuatkan Mama San sering memarahi mereka.
Kepulangan Que (Nurul Ain) ke kampung menjadi perhatian Sam dan Mun. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun. Kehadiran Que juga membuatkan Embun terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. Que ditangkap oleh kumpulan Embun dan dibawa bertemu ketua kumpulan mereka – Lutfan. Berlakulah pergelutan antara Que bersama kumpulan Embun dan Lutfan. Berjayakah Sam dan Mun
Movie Melayu Online: 99 Kali Rindu (2013)
Movie Melayu Online: 99 Kali Rindu (2013)
Sinopsis 99 Kali Rindu (2013):
Filem ni mengisahkan Fakhruddin Attar (lakonan Aeril Zafri) yang kematian isterinya Saidatul Nafisa. Attar bersedih selepas kematian isterinya dan mulai berhijrah untuk menghilangkan rasa sedih itu.
Semasa dalam proses penghijrahan itu dia telah bertemu dengan 2 wanita secara tak sengaja, iaitu Fatin Qalbie dan Zazlena.
Pertemuan pertama dengan Zazlena ialah semasa Attar hendak menyeberangi jalan dan dia telah dilanggar oleh Zazlena, kerana rasa bersalah, Zazlena telah merawat Attar di rumahnya hingga sembuh.
Miqdad abang kepada Zazlena telah menceritakan kisah adiknya yang sedang bertarung dengan sejenis penyakit.
Pertemua kedua, Attar telah menyelamatkan Fatin Qalbie seorang DJ yang diserang oleh seseorang yang tidak suka kepadanya.
Sejak itu Fatin Qalbie telah jatuh cinta kepada Attar. Apa yang menimbulkan konflik ialah tidak lama lagi Fatin Qalbie akan ditunangkan dengan seorang pemuda (dilakonkan oleh Azrel Ismail).
Antara 2 wanita ini, siapakah yang akan dipilih oleh Attar, Zazlena atau Fatin Qalbie? Adakah Hilma Aqila (Diana Amir) akan muncul semula untuk mencari cintanya semula dengan Attar?
Movie Melayu Online: Kecoh Hantu Raya Tok Chai (2013)
Movie Melayu Online: Kecoh Hantu Raya Tok Chai (2013)
Sinopsis Kecoh Hantu Raya Tok Chai (2013):
Di sebuah kampung kecil, tinggal Tok Chai yang merendah diri dan membela seekor Hantu Raya. Hantu Raya tersebut memberi Tok Chai hidup yang senang tetapi semua benda yang baik harus berakhir. Di "Kecoh! Hantu Raya Tok Chai", cerita bermula apabila Tok Chai meninggal dunia, yang merisaukan Hantu Raya tersebut kerana pengebumian Tok Chai bererti pengakhirannya. Oleh itu, Hantu Raya cuba menghentikan penduduk kampung dari mengebumikan Tok Chai. Dengan kebijaksanaan Tok Imam dan usaha Ebby, Korporal Lisa, Tok Penghulu, Sarjan dan pengikut mereka, mereka bertekad untuk mengebumikan Tok Chai sebelum fajar menyingsing.
Berjayakah Hantu Raya menghentikan pengebumian Tok Chai?
Siapa akan menjadi mangsa korban untuk menenangkan Hantu Raya?
Dan soalan yang penting sekali, siapa yang akan menjaga Hantu Raya apabila semua benda berakhir?
Movie Melayu Online: Bola Kampung The Movie (2013)
Movie Melayu Online: Bola Kampung The Movie (2013)
Amanda merupakan seorang puteri yang berasal dari dunia maya sebuah permainan bernama ‘Kingdom Hill’. Baginda telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari Perwira Suria, iaitu penyelamat yang boleh menamatkan krisis yang sedang melanda kerajaannya.
Malangnya, baginda hilang ingatan sebaik sahaja tiba di Kampung Gong Lechar. Iwan yang merupakan hero Bola Kampung telah tersalah sangka bahawa Puteri Amanda adalah saudaranya yang sepatutnya datang melawatnya di kampung semasa cuti sekolah. Baginda puteri kemudiannya menghabiskan masanya beramah-mesra bersama Iwan dan rakan-rakannya. Tidak beliau sedari akan hakikat bahawa seorang anasir perosak dari dunia permainan maya yang berniat untuk membunuh baginda telah muncul di Kampung Gong Lechar.
Ingatan Puteri Amanda kembali pulih sedikit demi sedikit. Misinya untuk mencari pahlawan terpilih iaitu Perwira Suria telah berjaya apabila beliau menyedari bahawa Saboklah perwira yang dicari-cari selama ini. Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh anasir perosak dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.
Iwan dan rakan-rakannya bersiap-sedia untuk menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya daripada serangan anasir perosak tersebut. Kumar yang merupakan seorang saintis muda kampung itu menyedari bahawa permainan alam maya terkemuka Kingdom Hill telah diserang virus dan mengesyaki virus yang sama menjadi punca kekacauan yang melanda keselamatan kerajaan maya itu.
Iwan, Sabok dan Azizul kemudian memasuki dunia maya Kingdom Hill dengan tujuan untuk menyelamatkan Puteri Amanda sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilas untuk menakluki kerajaan Kingdom Hills.
Movie Melayu Online: Sembunyi: Amukan Azazil (2013)
Movie Melayu Online: Sembunyi: Amukan Azazil (2013)
Sinopsis Sembunyi: Amukan Azazil (2013):
Sembunyi: Amukan Azazil yang diterbitkan Grand Brilliance (GB) dan Filmscape mengisahkan perjalanan Aishah lakonan Diana Danielle yang hidup pada zaman penjajahan Jepun. Dalam percubaannya untuk melarikan diri daripada askar Jepun, Aishah dipukul sehingga pengsan dan sebaik sedar dia mendapati dirinya berada di kampung yang sunyi.
Aishah diberikan tempat berlindung oleh Ibu Yani lakonan Umie Aida selepas diselamatkan anak teruna lakonan Remy Ishak. Tidak lama selepas itu, Aishah mula menyedari yang kampung itu juga punya rahsia tersendiri.
Aishah sering didatangi kanak-kanak perempuan yang cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu yang roh jahat tidak diketahui asalnya sedang menghantui kawasan hutan di kampung itu. Roh yang dikenali sebagai Azazil itu sering memburu orang kampung. Kampung yang pada mulanya aman kerana penduduknya selalu membuat pelawaan makanan kepada Azazil akhirnya menjadi kucar-kacir sebaik saja Aishah menjejakkan kakinya di sana.
Bagaimanapun misteri itu dijelaskan pada pengakhiran kisahnya.
Movie Melayu Online: Dua Kalimah (2013)
Movie Melayu Online: Dua Kalimah (2013)
Sinopsis Dua Kalimah (2013):
2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Namun mereka semakin terpesong akidahnya.Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?
Movie Melayu Online: Cerita Kita (2013)
Sinopsis Cerita Kita (2013):
Mengisahkan Ika (lakonan Yana Samsudin) dan Kamal (lakonan Pekin) yang sudah bersahabat baik sejak 3 tahun lalu. Kamal memendam perasaan terhadap Ika, Ika pula yakin bahawa dia hanya menyayangi Kamal sebagai kawan dan ingin Kamal mengubah hidupnya.
Kamal mengambil keputusan yang mungkin membahayakan nyawanya demi menggembirakan Ika dan tekad untuk mengubah hidupnya. Kehadiran Abu, rakan serumah Kamal sedikit sebanyak mendorong Kamal untuk meluahkan perasaan kepada Ika.
Namun Malik (lakonan Fezrul Khan) pula menggugat keadaan apabila beliau jatuh cinta pada Ika dan melamarnya. Ika sudah pun bersetuju untuk mengahwini Malik ketika sesuatu menimpa Kamal. Di saat kebenaran terungkai, Kamal sudah pergi membawa diri. Adakah Ika yakin cintanya akan Malik? Atau Ika sebenarnya sayangkan Kamal lebih dari sekadar kawan?
Movie Melayu Online: Pada Suatu Cinta Dahulu (2013)
Movie Melayu Online: Pada Suatu Cinta Dahulu (2013)
Sinopsis Pada Suatu Cinta Dahulu (2013):
Rasa tertekan Zainal dengan alam perkahwinannya yang sekarang ini, mengigatkan beliau kembali tentang memori silamnya. Pada 18 tahun yang lalu, ketika dia di alam persekolahan Zainal terkenal dengan kenakalannya ketika itu Zainal baru tingkatan 4. Waktu itu Zainal mempunyai seorang kekasih yang bernama Nora. Sikap Nora yang lurus bendul membuatkan Zainal mula bosan.
Namun sejak perkenalan Zainal dengan Azura seorang gadis yang cute dan pendek, membuatkan Zainal semakin hari semakin menyukai sikap Azura yang selamba itu. Namun segalanya berubah apabila Zainal mengetahui Azura menghidap penyakit kronik. Walau bagaimanapun Zainal tetap ingin meneruskan hubungannya bersama Azura, tetapi gadis itu terus menghilangkan diri tanpa pengetahuan Zainal.
Berbalik pada tahun sekarang, Zainal ditakdirkan berjumpa semula dengan Azura, Azura menceritakan perkara yang sebenar bahawa selama ini dia menyamar sebagai pelajar sekolah kerana ingin menyiapkan penyelidikan psikologinya.
Movie Melayu Online: Gangster Celop (2013)
Sinopsis Gangster Celop:
Gangster Celop mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Adam ( Syamsul Yusof) bekas banduan yang telah selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun di atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini. Hukuman yang dihadapi mereka telah berjaya mengubah mereka menjadi orang yang baik.
Setelah keluar dari penjara,mereka ditemukan semula dengan MAN JAMBU, ayahanda yang menyebabkan mereka meringkuk dalam penjara. Mereka ditugaskan untuk menjaga anak MAN JAMBU iaitu SUZANNA yang baru pulang dari England.
Suatu Hari, MAN JAMBU ditembak dihadapan mereka setelah selesai persetujuan pemberian kawasan kepada MAN CIRIT,salah seorang ketua kumpulan gangster.Polis mula memburu AMAN dan ADAM yang disangka suspek utama kejadian bunuh tersebut. Mereka melarikan diri sehinggalah ke sebuah kampung dan bertemu dengan PAK ABU dan anak gadisnya RABIATUN. Mereka membantu ADAM,AMAN dan SUZANNA menyelesaikan kes dengan memburu MAN CIRIT.
Mereka menyuruh MAN CIRIT mengaku salah atas kematian MAT JAMBU. ADAM & AMAN ditembak polis INSPEKTOR JALALUDDIN semasa pergaduhan antara mereka.
Tiba di Forensik, mereka mula disedarkan dan dengan kehadiran MAT JAMBU yang disangkakan sudah mati mengejutkan mereka. MAT JAMBU menceritakan perkara sebenar bahawa dia dan INSPEKTOR JALALUDDIN telah membuat rancangan untuk memerangkap MAN CIRIT.
Pelakon Gangster Celop:
Syamsul Yusof, Kamal Adli, Hanis Zalikha, Yus Jambu, Azad Jazmin, Usop Wilcha
Movie Melayu Online: Chikaro (2013)
Movie Melayu Online: Chikaro (2013)
Sinopsis Filem Chikaro
Filem "Chikaro" arahan Nizam Zakarian ini mengisahkan seorang gadis kampung naif yang datang ke bandar untuk mencari pekerjaan di sebuah pejabat dan di situ dia telah bertemu dengan bekas mat rempit yang telah jatuh cinta pada pandangan pertama. Dia berusaha untuk menolong gadis itu sesuaikan diri dengan gaya hidup bandar dan akhirnya gadis kampung itu juga telah jatuh cinta kepadanya. Walaubagaimanapun kerana sifatnya yang matang, ramai wanita mencemburuinya.
Pelakon:
Izzue Islam, Adleena Nordin, Izara Aishah
Movie Melayu Online: Lari (2013)
Movie Melayu Online: Lari (2013)
Sinopsis Filem Lari
Lari mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar.
Maya pula dikahwinkan dengan KJ lakonan Ery Putra. Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya.
Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang. Maya yang kebetulan berdepan krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita.
Apakah nasib Khalif selepas itu dan berjayakah dia mendapatkan semula adiknya daripada terus menjadi mangsa? Maya pula mencari jalan untuk kembali menyintai Khalif. Apakah kesudahannya?
Movie Melayu Online: Langgar (2013)
Movie Melayu Online: Langgar (2013)
Sinopsis Filem Langgar
Filem "Langgar" mengisahkan Nizam (Adi Putra) yang ingin menuntut keadilan berikutan kematian isterinya. Aina (Nadia Heng) yang sarat hamil anak sulung dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan gangster. Nizam ingin mencari darah sebagai galang gantinya. Dia kemudian diperkenalkan kepada Radzi (Namron) oleh Khairul (Bell Ngasri), seorang teman lamanya. Setelah diuji oleh Loy (Zulhuzaimy) iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menyertai mereka. Radzi juga berurusan dengan Jimi (Hans Isaac), seorang pengedar dadah yang mempunyai empayar di beberapa buah negara Asia Tenggara. Amanda (Natasha Hudson) merupakan kekasih kepada Radzi dan juga seorang penagih dadah.
Movie Melayu Online: Bro, Nampak Motor Gua? (2013)
Sinopsis Filem Bro, Nampak Motor Gua? (2013)
Mengisahkan Epol (Along Cham) yang mencari motornya yang hilang. Keistimewaan Epol apabila dia mempunyai deria bau yang sangat tinggi kerana dapat menghidu bau motor kesayangannya. Namun dalam pencarian bersama rakannya Helmi (Along Eyzendy) mereka menghadapi pelbagai dugaan. Pertemuan Epol dan Azura (Mon Ryanti) berlaku secara tidak sengaja ketika Azura memandu kereta dengan laju dan hampir terlanggar Epol. Pelbagai rintangan dan cubaan yang dihadapi Epol ketika mencari motornya. Adakah Epol dapat menjumpai motor kesayangan beliau? Semua akan terjawab apabila anda menonton filem BRO, NAMPAK MOTOR GUA?
Movie Melayu Online: Tokak (2013)
Movie Melayu Online: Tokak (2013)
Sinopsis Filem Tokak (2013)
Tokak mengisahkan seorang pengurus hotel, Iskandar yang menemui kotak misteri ketika berjogging di tepi pantai. Perasaan ingin tahu apa yang terkandung di dalam kotak menyebabkan dia membuka kotak misteri itu. Rupa-rupanya kotak itu `dihuni' roh jahat jelmaan Sungai Raya.
Bagi memulihkan dirinya daripada dirasuk, Iskandar perlu membunuh dan menghirup darah enam wanita yang melakukan maksiat dalam tempoh satu malam, iaitu bermula dari azan Maghrib hingga sebelum Subuh.
Insiden itu menyebabkan beberapa kejadian pelik berlaku di hotel tempat Iskandar bekerja. Makhluk itu menokak atau menggigit wanita yang melakukan maksiat termasuk tunang Iskandar. Kemunculan Ustaz Haikal berjaya menyelamat tunangannya daripada menjadi mangsa tokak terakhir.
Pelakon Filem Tokak:
Sabree Fadzil, Airis Yasmin, Diana Johor, Faiz Raja Lawak 4, Julia Ziegler, Abon, Keena Mentor, Lana Nordin dan ramai lagi .
Pengarah Tokak:
Sabree Fadzil
Subscribe to:
Posts (Atom)


















