Kesemua Movie Melayu yang terdapat di blog ini adalah diambil dari laman web YouTube.com dan beberapa channel lain. Sekiranya anda ingin menonton Movie Melayu yang dihimpunkan di sini dengan kualiti dan penyampaian yang lebih baik, sila dapatkan CD/DVD original di kedai berhampiran anda.

Movie Melayu Online: Gangster Celop (2013)




Sinopsis Gangster Celop:
Gangster Celop mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Adam ( Syamsul Yusof) bekas banduan yang telah selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun di atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini. Hukuman yang dihadapi mereka telah berjaya mengubah mereka menjadi orang yang baik.
Setelah keluar dari penjara,mereka ditemukan semula dengan MAN JAMBU, ayahanda yang menyebabkan mereka meringkuk dalam penjara. Mereka ditugaskan untuk menjaga anak MAN JAMBU iaitu SUZANNA yang baru pulang dari England.

Suatu Hari, MAN JAMBU ditembak dihadapan mereka setelah selesai persetujuan pemberian kawasan kepada MAN CIRIT,salah seorang ketua kumpulan gangster.Polis mula memburu AMAN dan ADAM yang disangka suspek utama kejadian bunuh tersebut. Mereka melarikan diri sehinggalah ke sebuah kampung dan bertemu dengan PAK ABU dan anak gadisnya RABIATUN. Mereka membantu ADAM,AMAN dan SUZANNA menyelesaikan kes dengan memburu MAN CIRIT.

Mereka menyuruh MAN CIRIT mengaku salah atas kematian MAT JAMBU. ADAM & AMAN ditembak polis INSPEKTOR JALALUDDIN semasa pergaduhan antara mereka.


Tiba di Forensik, mereka mula disedarkan dan dengan kehadiran MAT JAMBU yang disangkakan sudah mati mengejutkan mereka. MAT JAMBU menceritakan perkara sebenar bahawa dia dan INSPEKTOR JALALUDDIN telah membuat rancangan untuk memerangkap MAN CIRIT.

Pelakon Gangster Celop:
Syamsul Yusof, Kamal Adli, Hanis Zalikha, Yus Jambu, Azad Jazmin, Usop Wilcha

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Movie Melayu Online - Terkini