Kesemua Movie Melayu yang terdapat di blog ini adalah diambil dari laman web YouTube.com dan beberapa channel lain. Sekiranya anda ingin menonton Movie Melayu yang dihimpunkan di sini dengan kualiti dan penyampaian yang lebih baik, sila dapatkan CD/DVD original di kedai berhampiran anda.

Movie Melayu Online: Sembunyi: Amukan Azazil (2013)


Movie Melayu Online: Sembunyi: Amukan Azazil (2013)


Sinopsis Sembunyi: Amukan Azazil (2013):

Sembunyi: Amukan Azazil yang diterbitkan Grand Brilliance (GB) dan Filmscape mengisahkan perjalanan Aishah lakonan Diana Danielle yang hidup pada zaman penjajahan Jepun. Dalam percubaannya untuk melarikan diri daripada askar Jepun, Aishah dipukul sehingga pengsan dan sebaik sedar dia mendapati dirinya berada di kampung yang sunyi.

Aishah diberikan tempat berlindung oleh Ibu Yani lakonan Umie Aida selepas diselamatkan anak teruna lakonan Remy Ishak. Tidak lama selepas itu, Aishah mula menyedari yang kampung itu juga punya rahsia tersendiri.

Aishah sering didatangi kanak-kanak perempuan yang cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu yang roh jahat tidak diketahui asalnya sedang menghantui kawasan hutan di kampung itu. Roh yang dikenali sebagai Azazil itu sering memburu orang kampung. Kampung yang pada mulanya aman kerana penduduknya selalu membuat pelawaan makanan kepada Azazil akhirnya menjadi kucar-kacir sebaik saja Aishah menjejakkan kakinya di sana.

Bagaimanapun misteri itu dijelaskan pada pengakhiran kisahnya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Movie Melayu Online - Terkini