Kesemua Movie Melayu yang terdapat di blog ini adalah diambil dari laman web YouTube.com dan beberapa channel lain. Sekiranya anda ingin menonton Movie Melayu yang dihimpunkan di sini dengan kualiti dan penyampaian yang lebih baik, sila dapatkan CD/DVD original di kedai berhampiran anda.

Movie Melayu Online: 99 Kali Rindu (2013)


Movie Melayu Online: 99 Kali Rindu (2013)



Sinopsis 99 Kali Rindu (2013):

Filem ni mengisahkan Fakhruddin Attar (lakonan Aeril Zafri) yang kematian isterinya Saidatul Nafisa. Attar bersedih selepas kematian isterinya dan mulai berhijrah untuk menghilangkan rasa sedih itu.

Semasa dalam proses penghijrahan itu dia telah bertemu dengan 2 wanita secara tak sengaja, iaitu Fatin Qalbie dan Zazlena.

Pertemuan pertama dengan Zazlena ialah semasa Attar hendak menyeberangi jalan dan dia telah dilanggar oleh Zazlena, kerana rasa bersalah, Zazlena telah merawat Attar di rumahnya hingga sembuh.

Miqdad abang kepada Zazlena telah menceritakan kisah adiknya yang sedang bertarung dengan sejenis penyakit.

Pertemua kedua, Attar telah menyelamatkan Fatin Qalbie seorang DJ yang diserang oleh seseorang yang tidak suka kepadanya.

Sejak itu Fatin Qalbie telah jatuh cinta kepada Attar. Apa yang menimbulkan konflik ialah tidak lama lagi Fatin Qalbie akan ditunangkan dengan seorang pemuda (dilakonkan oleh Azrel Ismail).
Antara 2 wanita ini, siapakah yang akan dipilih oleh Attar, Zazlena atau Fatin Qalbie? Adakah Hilma Aqila (Diana Amir) akan muncul semula untuk mencari cintanya semula dengan Attar?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Movie Melayu Online - Terkini