Kesemua Movie Melayu yang terdapat di blog ini adalah diambil dari laman web YouTube.com dan beberapa channel lain. Sekiranya anda ingin menonton Movie Melayu yang dihimpunkan di sini dengan kualiti dan penyampaian yang lebih baik, sila dapatkan CD/DVD original di kedai berhampiran anda.

Movie Melayu Online: Tokak (2013)


Movie Melayu Online: Tokak (2013)


Sinopsis Filem Tokak (2013)

Tokak mengisahkan seorang pengurus hotel, Iskandar yang menemui kotak misteri ketika berjogging di tepi pantai. Perasaan ingin tahu apa yang terkandung di dalam kotak menyebabkan dia membuka kotak misteri itu. Rupa-rupanya kotak itu `dihuni' roh jahat jelmaan Sungai Raya.

Bagi memulihkan dirinya daripada dirasuk, Iskandar perlu membunuh dan menghirup darah enam wanita yang melakukan maksiat dalam tempoh satu malam, iaitu bermula dari azan Maghrib hingga sebelum Subuh.

Insiden itu menyebabkan beberapa kejadian pelik berlaku di hotel tempat Iskandar bekerja. Makhluk itu menokak atau menggigit wanita yang melakukan maksiat termasuk tunang Iskandar. Kemunculan Ustaz Haikal berjaya menyelamat tunangannya daripada menjadi mangsa tokak terakhir.

Pelakon Filem Tokak: 
Sabree Fadzil, Airis Yasmin, Diana Johor, Faiz Raja Lawak 4, Julia Ziegler, Abon, Keena Mentor, Lana Nordin dan ramai lagi .

Pengarah Tokak: 
Sabree Fadzil

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Movie Melayu Online - Terkini